Ladang Burung Unta: Ostrich Wonderland, Semenyih

Assalamualaikum dan Hi,

Kalau ada hal ke atau ada kenduri kahwin ke dekat-dekat kawasan Mantin ni, alang-alang bolehlah juga jalan-jalan ke ladang burung unta. Kalau dari Nurisma Homestay di Sri Palma Villa ni, cuma ambil masa dalam setengah jam perjalanan je untuk ke sana.

Kat bawah ni ade sedikit info mengenai Ostrich Wonderland.


Ladang burung unta yang dinamakan Ostrich Wonderland ini telah mula beroperasi sejak tahun 2000. Ladang yang menternak burung unta ini bukan sahaja tertumpu pada burung unta tetapi juga beberapa jenis burung yang lain iaitu ayam dan burung merak.


Pengunjung dapat melihat sendiri perkembangan burung unta yang berlainan umur dan saiz yang diasingkan di dalam kandang yang berbeza. Pengunjung juga boleh memberi makanan kepada burung unta ini dan juga menunggang bagi sesiap yang berani.


Kalau ada antara pengunjung yang nak bawa cenderahati sebagai ole-ole boleh dapatkan telur burung unta yang telah ditetas dan dihiaskan dengan pelbagai corak dengan harga yang berpatutan. Harga tiket untuk seorang dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak RM5.

Sumber: LEPAK the place u should be

Nurisma Homestay Mantin

No comments:

Post a Comment